Friday, December 12, 2014

Corak-corak yang telah dihasilkan

Hasil daripada pengalaman dalam bidang batik,, kami telah banyak menghasilkan berbagai corak-corak dan design batik lukis yang mempunyai berbagai simbol,maksud dan kesenianya yang tersendiri.. 

Hari demi hari pihak kami telah berusaha untuk membuat dan menghasilkan corak-corak dan rekacipta yang baru mengikut apa yang diiginkan oleh pelanggan mengikut arus masa dan gaya berfesyen...Cita-cita kami ialah untuk menghasilkan sesuatu produk di mana produk yang akan kami hasilkan esok adalah lebih baik dari hari ini.

Berikut merupakan contoh corak-corak KEMEJA BATIK yang telah kami hasilkan:









Proses-Proses Penghasilan Batik



Langkah 1:
Meregang atau menegang adalah antara proses awal dalam pembuatan batik. Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang dengan menyangkut kedua-dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap.



Langkah 2:
Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. 



Langkah 3:
Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Lakaran lilin ini dilakukan bagi menghalang bahan pewarna daripada bercampur dan meresap masuk ke kawasan lain. Proses ini juga adalah antara proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan batik canting.



Langkah 4:
Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Antara teknik-teknik batik adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa.




Langkah 5:
Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.
merebus



Langkah 6:
Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering. Setelah itu, bingkaikan produk untuk meningkatkan lagi aspek peragaan. Akhirnya, berikan jenama pada produk yang dihasilkan.


Wednesday, December 3, 2014

Kilang Penghasilan Batik Canting

Tempat penghasilan batik oleh DeMaster Batik Darul Naim..

Untuk menghasilkan batik yang berkualiti dan cantik, kami amat menitik beratkan tentang aspek keselesaan ditempat kerja. Ini kerana aspek keselesaan amat memainkan peranan yang begitu penting dalam penentuan penghasilan dan pembuatan batik yang bercitarasa tinggi sesuai dengan keiginan pelanggan. Kami menyediakan ruang yang luas dan mencukupi agar kerja-kerja pemprosesan batik kami berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang ganguan dalam segi penyediaan ruang.

Dalam segi pencahayaan, kami telah memasang jumlah lampu yang agak banyak kerana dalam proses pencantigan batik, aspek pencahayaan yang cukup amat perlu untuk meghasilkan batik yang lebih bermutu dan pewarnaan yang menarik..